Posts

Geografi Dan Populasi Rakyat Patani (BAHASA MELAYU / ENGLISH)

Image
BAHASA MELAYU Geografi: Negara Patani adalah sebuah negara yang sangat subur. Ia memiliki bentuk muka bumi yang berbeza. Disebelah utara, barat dan selatan keadaan buminya berbukit bukau. Banjaran gunung yang panjang dan tetinggi dari utara ke selatan adalah banjaran bukit Sanga-giri. Manakala kebanyakkan bentuk muka buminya adalah rata dan datar. Dari barat ke timur juga dilintasi dengan dua sungai besar iaitu sungai Patani dan sungai Teluban yang mengalir ke laut Cina. Cuaca setempat adalah bercirikan monsoon. Ianya bermula dari Oktober sampai ke Januari.   Populasi Rakyat Patani:  Berdasarkan Statistik Kerakyatan tahun 2012, jumlah penduduk Patani adalah seramai 2,659,958 orang. Majoriti penduduk adalah berketurunan Melayu, selebihnya adalah dari keturunan Siam, Cina, Arab, Afghanistan dan India.  Ini adalah gunung Sanga-giri ENGLISH: Geography of Patani: Patani is a very rich and fertile country. For example: it has oil and natural gas, rubber plant

Youtube Channel: West Patani

Image

Patani Sekarang (BAHASA MELAYU / ENGLISH)

Image
Bahasa Melayu:  Patani atau nama penuhnya Patani Darussalam. Ianya terletak di Semenanjung Tanah Melayu sebelah utara yang bersepadan dengan Negeri Siam atau Thailand, sebelah selatan bersempadan dengan Negara Malaysia manakala di sebelah timur pula ia hampir dengan laut Cina dan mengikuti sebelah barat pula ia hampir dengan laut Andaman. Negara Patani yang besar mempunyai keluasan 16,495 km persegi dan telah dibahagi oleh Kerajaan Siam/Thai sekarang ini kepada wilayah-wilayah  kecil yang terdiri daripada Wilayah Yala, Patani, Narathiwat, Setul dan sebahagian dari Wilayah Songkhla/Senggora (Patani Barat iaitu Chenak, Thepa/Tiba,Sabayoy/Sebaya,Nathawi/Nawi, dan Sadao) Berikut adalah pecahan kawasan dan keluasan bumi Patani mengikut Km persegi:  Wilayah Yala (Jalo) ialah 4,521 km persegi Wilayah Narathiwat (Menara) ialah 4,475 km persegi Wilayah Patani (Patani) ialah 1,940 km persegi Wilayah Satun (Setul) ialah 2,479 km persegi Wilayah Songkhla (Patani Barat: Daerah Cenak,

Download Aplikasi "The History of Patani-West Patani"

Image
Aplikasi ini "The History of Patani-West Patani" boleh di download dengan klik link ini: https://drive.google.com/open?id=0BzX33D-vma_lS3dfUE11MEc1bk0 Dengan ini versi update terbaharu akan di upload di link yang sama. "The History of Patani-West Patani"  versi: 1.0 Size:   686 KB Memerlukan rangkaian Internet untuk membaca dalam Aplikasi ini. Apakah fungsi aplikasi ini? Mesra pembaca untuk mengetahui Sejarah Melayu Patani Size download yang kecil  Informasi akan di update dari masa ke semasa.

Bahagian Pertama: Sejarah Awal Melayu Patani (BAHASA MELAYU/ ENGLISH)

Image
Bahasa Melayu:  Mengikut catatan pelawat-pelawat Cina yang membuat perhubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara pada ke abad 2M .  Langkasukan sudahpun wujud pada ketika itu. Pedagang Cina menyebutnya "Langya-shiu".  Ahli-ahli Eropah pula mempercayai bahawa "Langkasuka" itu terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan iaitu di Patani yang mana lokasi pusat pemerintahanya adalah terletak di sekitar daerah Yarang sekarang ini. Apabila nama Langkasuka beransur hilang nama Patani pula semakin terkenal dan mendapat tempat dalam peta dunia.  Gambar ini menunjukkan Peta Langkasuka terdahulu Lankasuka adalah sebuah kerajaan yang maju di Semenanjung Tanah Melayu pada ketika itu. Ia telah mempunyai sebuah pelabuhan kapal yang terpenting sejak abad ke- 8M Ianya amat sesuai untuk kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut di musim tengkujuh. Perubahan nama daripada Langkasuka ke Patani adalah kerana