Patani Sekarang (BAHASA MELAYU / ENGLISH)
Bahasa Melayu:
Patani atau nama penuhnya Patani Darussalam. Ianya terletak di Semenanjung Tanah Melayu sebelah utara yang bersepadan dengan Negeri Siam atau Thailand, sebelah selatan bersempadan dengan Negara Malaysia manakala di sebelah timur pula ia hampir dengan laut Cina dan mengikuti sebelah barat pula ia hampir dengan laut Andaman.
Negara Patani yang besar mempunyai keluasan 16,495 km persegi dan telah dibahagi oleh Kerajaan Siam/Thai sekarang ini kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri daripada Wilayah Yala, Patani, Narathiwat, Setul dan sebahagian dari Wilayah Songkhla/Senggora (Patani Barat iaitu Chenak, Thepa/Tiba,Sabayoy/Sebaya,Nathawi/Nawi, dan Sadao)
Berikut adalah pecahan kawasan dan keluasan bumi Patani mengikut Km persegi:
- Wilayah Yala (Jalo) ialah 4,521 km persegi
- Wilayah Narathiwat (Menara) ialah 4,475 km persegi
- Wilayah Patani (Patani) ialah 1,940 km persegi
- Wilayah Satun (Setul) ialah 2,479 km persegi
- Wilayah Songkhla (Patani Barat: Daerah Cenak,Thepa,Sabayoy,Nathawi dan Sadao) ialah 3,080 km persegi
Comments
Post a Comment